Thursday, 17 November 2011

Tatabahasa 6

Kata Hubung
  • Digunakan untuk menghubungkan dua ayat, frasa dan perkataan untuk membawa maksud yang tertentu.

Kata Hubung
Penggunaan
Ayat Contoh

Dan
Menggabungkan dua unsur yang setara.
            Akim dan Kok Seng berkawan baik.

Lalu
Menggabungkan dua perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut.

            Raju membuka botol air itu lalu minum.
Agar
Untuk menyatakan tujuan.
            Datu makan ubat itu agar cepat sembuh.

Apabila
Menerangkan masa berlakunya sesuatu peristiwa atau kejadian.
            Semua murid berdiri apabila cikgu masuk ke dalam bilik darjah.

Kecuali
Menunjukkan kekecualian.
            Latihan sukan pada petang ini akan diadakan kecuali hujan.

Kerana
Untuk menyatakan sebab.
             Ah Leng tidak hadir ke sekolah hari ini kerana dia demam.

Sambil
Menunjukkan dua aktiviti yang dilakukan pada masa yang sama.

            Ayah mencuci kereta sambil mendengar radio.

Friday, 11 November 2011

Latihan Tatabahasa

Praktis 4
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.


wangi
pahit
panjang
hitam
tajam
sedih


1) Yoke Ling berasa__________________kerana kucing kesayangannya mati.

 2) Lim Chuan mengait buah mangga dengan menggunakan galah yang________________.

 3) Bunga mawar yang dipetik oleh adik itu sungguh ______________baunya.

 4) Pak Cik Abu menyembelih ayam dengan menggunakan pisau yang _______________.

 5) Faiz membeli sebuah kereta yang berwarna____________________.

 6) Buah peria sangat_________________rasanya.

p




                                                        Cuba lagi!
Jawapan:
1) sedih
2) panjang
3) wangi
4) tajam
5) hitam
6) pahit 

 
              

Saturday, 5 November 2011

Tatabahasa 5

Kata Adjektif
  • Digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan manusia, haiwan, tumbuhan dan benda.
  • Selalu didahului dengan kata penguat seperti paling, amat dan sangat.


Jenis
Contoh Kata Adjektif
Ayat Contoh

Sifat
sihat, sakit, kuat, cantik, gemuk
·         Budak yang gemuk itu tidak larat untuk berlari.

Bentuk
bulat, bujur, bengkok, segi tiga, sfera

·         Bumi kita berbentuk sfera.
Waktu
lewat, awal, pagi, petang, malam
·         Ali terlewat datang ke sekolah hari ini.

Perasaan
benci, gembira, marah, sayang, sedih
·         Ayah dan ibu berasa gembira kerana abang lulus dalam peperiksaan.

Jarak
jauh, hampir, nyaris, sempit, sisi
·         Pokok kelapa yang tumbang itu nyaris menimpa rumah Pak Kudin.

Ukuran
panjang, pendek, tinggi, rendah, luas
·         Saya membeli sebatang pembaris panjang di kedai.

Warna
biru, merah, hijau, kuning, putih
·         Kereta yang berwarna biru itu milik bapa saya.

Pancaindera
wangi, hanyir, busuk, kasar, licin
·         Bunga mawar yang dipetik oleh kakak berbau wangi.

Cara
pantas, cepat, lambat, lincah, perlahan
·         Aksinya yang lincah sewaktu bermain bola telah menarik perhatian jurulatih.