Bahagian A
Tandakan (√ ) pada ayat yang menggunakan kata seru dengan betul.
1) Nah, sakit sungguh tangan saya kerana disengat lebah!-----( )
2) Amboi, gembira sungguh dia hari ini!-----( )
3) Eh, awal benar dia sampai ke sini!-----( )
4) Wah, jangan kau datang lagi ke rumahku ini!-----( )
5) Wahai kawan-kawan, dengarlah pesanan guru!-----( )
Bahagian B
Isi tempat kosong dengan kata seru yang sesuai.
Wahai Oh Amboi Cis Ah Eh
1) __________, adik kamu terjatuh daripada basikal!
2) __________ anak-anakku, belajarlah bersungguh-sungguh!
3) __________, berani engkau memukul adikku!
4) __________aku tidak mahu dengar lagi!
5) __________, kamu sedang menonton televisyen rupa-rupanya!
6)___________, cantiknya baju baharu kamu!
Jawapan:
Bahagian A
ayat 2,3 dan 5
Bahagian B
1) Eh
2) Wahai
3) Cis
4) Ah
5) Oh
6) Amboi
Sila cuba lagi!
No comments:
Post a Comment