- Digunakan untuk menghubungkan dua ayat, frasa dan perkataan untuk membawa maksud yang tertentu.
Kata Hubung | Penggunaan | Ayat Contoh |
Dan | Menggabungkan dua unsur yang setara. | Akim dan Kok Seng berkawan baik. |
Lalu | Menggabungkan dua perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut. | Raju membuka botol air itu lalu minum. |
Agar | Untuk menyatakan tujuan. | Datu makan ubat itu agar cepat sembuh. |
Apabila | Menerangkan masa berlakunya sesuatu peristiwa atau kejadian. | Semua murid berdiri apabila cikgu masuk ke dalam bilik darjah. |
Kecuali | Menunjukkan kekecualian. | Latihan sukan pada petang ini akan diadakan kecuali hujan. |
Kerana | Untuk menyatakan sebab. | Ah Leng tidak hadir ke sekolah hari ini kerana dia demam. |
Sambil | Menunjukkan dua aktiviti yang dilakukan pada masa yang sama. | Ayah mencuci kereta sambil mendengar radio. |
No comments:
Post a Comment