- Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama diri seseorang.
- Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
- Penggunaan: merujuk kepada orang yang bercakap.
- Contoh: saya, beta, kami, hamba.
- Ayat contoh:
2) Beta berasa gembira kerana rakyat hidup aman dan damai.
Kata Ganti Nama Diri Kedua
- Penggunaan: merujuk kepada orang yang bercakap dengan kita.
- Contoh: awak, kamu, engkau, kalian.
- Ayat contoh:
2) Kalian tidak dibenarkan masuk ke makmal komputer tanpa kebenaran.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
- Penggunaan: merujuk kepada orang yang sedang kita ceritakan atau bincangkan.
- Contoh: dia, mereka, beliau, baginda, -nya.
- Ayat contoh:
2) Itu Cikgu Sahar. Beliau guru kelas Tahun Tiga Aman.
No comments:
Post a Comment