Kata kerja
- Digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan.
- Terbahagikan kepada dua jenis iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
Kata Kerja Transitif
- Kumpulan kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan objek sebagai pelengkap.
Subjek | Kata Kerja (transitif) | Objek | Huraian |
Encik Ranjit | mencuci | kereta | di halaman rumahnya. |
Mak Cik Limah | menanam | serai | di belakang rumahnya. |
Manjit | mencari | kunci | basikalnya yang hilang. |
Kata Kerja Tak Transitif
- Kumpulan kata kerja yang dapat berdiri sendiri tanpa memerlukan objek sebagai pelengkap.
Subjek | Kata Kerja (tak transitif) |
Penyanyi yang bersuara merdu itu sedang | menyanyi. |
Mereka duduk di bangku itu setelah penat | berlari. |
Burung yang ditangkap oleh Wong telah | terbang. |
No comments:
Post a Comment