Thursday, 1 December 2011

Tatabahasa 8

Kata Seru
  • Digunakan untuk menyatakan sesuatu perasaan seperti marah, gembira, sedih, terperanjat dan sebagainya.
  • Ditulis sebelum tanda koma dan diakhiri dengan tanda seruan dalam ayat.
  • Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis kata seru dan fungsinya.



Kata Seru
Penggunaan
Ayat Contoh

ah
Menyatakan rasa tidak setuju.
Ah, lupakan sahaja perkara itu.


adah
Menyatakan perasaan sakit.
Aduh, sakitnya kakiku!


cis
Menyatakan perasaan geram atau marah.
Cis, pergi kau dari sini.


eh
Menyatakan perasaan hairan dan terkejut.
Eh, baru sebentar tadi saya nampak dia!

hai
Menyatakan sapaan.
Hai, boleh kita berkenalan!

oh
Menyatakan perasaan hairan atau kecewa.
Oh, ramai sungguh orang datang ke sini hari ini!

wah
Menyatakan perasaan kagum dan hairan.
Wah, besar sungguh rumah kamu!


wahai
Menyatakan seruan, kesedihan atau menarik perhatian.
Wahai anak-anakku, janganlah melawan kata-kata guru!


Sunday, 27 November 2011

Latihan Tatabahasa

Praktis 6
Tulis kata sendi nama yang betul untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah.


              di               daripada               dengan
             
              untuk               pada               sejak






1) Ayah menerima surat kenaikan pangkat_______________majikannya.

2) Wang simpanan itu akan digunakan________________membayar yuran pengajiannya.

3) Kerajaan Melayu Melaka terkenal__________________kurun ke-14.

4) Ayah menyembelih ayam itu_______________menggunakan sebilah pisau yang tajam.

5) Mak Cik Salmah menjaga kecantikannya____________________anak dara lagi.

6) Sekumpulan pengembara itu telah tersesat_________________dalam hutan.


                                             Anda mesti mencuba latihan ini!
Jawapan:
1) daripada
2) untuk
3) pada
4) dengan
5) sejak
6) di

Wednesday, 23 November 2011

Tatabahasa 7

Kata Sendi Nama
  • Ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
  • Biasanya, kata sendi nama berfungsi untuk menyatakan arah, masa, tempat dan sebagainya.
  • Contoh-contoh kata sendi nama dan fungsinya adalah seperti berikut: 


Kata Sendi Nama
Penggunaan
Ayat Contoh

Di
Untuk menunjukkan tempat.
Bapa saya bertugas di Balai Polis Dang Wangi.

Ke
Untuk menunjukkan arah, tempat dan masa.
Mereka akan bercuti ke Pulau Langkawi.

Kepada
Untuk menunjukkan sasaran, pecahan dan perubahan keadaan.

Suhu badan adik meningkat kepada  
39 °C.
Oleh
Untuk menunjukkan penggunaan dalam ayat pasif.

Baju itu dibeli oleh ibu saya semalam.
Dari
Untuk menunjukkan masa, arah, dan tempat.
Kerja-kerja pembinaan itu bermula dari awal pagi.

Daripada
Untuk menunjukkan bandingan, sumber atau punca.

Derma itu diterima daripada seorang jutawan.
Dengan
Untuk menunjukkan cara, menggunakan sesuatu  alat, penyertaan bersama-sama dan perbandingan.
Pak Johan menggembur tanah itu dengan cangkul.
Pada
Untuk menunjukkan masa dan tempat.
Layang-layang Wong tersangkut pada pokok.