Education is not the filling of a pail, but the lighting of the fire.
Wednesday, 30 November 2011
Sunday, 27 November 2011
Latihan Tatabahasa
Praktis 6
Tulis kata sendi nama yang betul untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah.
di daripada dengan
untuk pada sejak
1) Ayah menerima surat kenaikan pangkat_______________majikannya.
2) Wang simpanan itu akan digunakan________________membayar yuran pengajiannya.
3) Kerajaan Melayu Melaka terkenal__________________kurun ke-14.
4) Ayah menyembelih ayam itu_______________menggunakan sebilah pisau yang tajam.
5) Mak Cik Salmah menjaga kecantikannya____________________anak dara lagi.
6) Sekumpulan pengembara itu telah tersesat_________________dalam hutan.
Anda mesti mencuba latihan ini!
Jawapan:
1) daripada
2) untuk
3) pada
4) dengan
5) sejak
6) di

Friday, 25 November 2011
Wednesday, 23 November 2011
Tatabahasa 7
Kata Sendi Nama
- Ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
- Biasanya, kata sendi nama berfungsi untuk menyatakan arah, masa, tempat dan sebagainya.
- Contoh-contoh kata sendi nama dan fungsinya adalah seperti berikut:
Kata Sendi Nama | Penggunaan | Ayat Contoh |
Di | Untuk menunjukkan tempat. | Bapa saya bertugas di Balai Polis Dang Wangi. |
Ke | Untuk menunjukkan arah, tempat dan masa. | Mereka akan bercuti ke Pulau Langkawi. |
Kepada | Untuk menunjukkan sasaran, pecahan dan perubahan keadaan. | Suhu badan adik meningkat kepada 39 °C. |
Oleh | Untuk menunjukkan penggunaan dalam ayat pasif. | Baju itu dibeli oleh ibu saya semalam. |
Dari | Untuk menunjukkan masa, arah, dan tempat. | Kerja-kerja pembinaan itu bermula dari awal pagi. |
Daripada | Untuk menunjukkan bandingan, sumber atau punca. | Derma itu diterima daripada seorang jutawan. |
Dengan | Untuk menunjukkan cara, menggunakan sesuatu alat, penyertaan bersama-sama dan perbandingan. | Pak Johan menggembur tanah itu dengan cangkul. |
Pada | Untuk menunjukkan masa dan tempat. | Layang-layang Wong tersangkut pada pokok. |
Monday, 21 November 2011
Sunday, 20 November 2011
Latihan Tatabahasa
Praktis 5
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
lalu kecuali dan tetapi
kerana supaya sambil atau
1) "Kamu mahu makan nasi goreng________________nasi ayam?" tanya Ella.
2) Mei Choo sedang menyanyi_________________bermain piano.
3) Encik Lim selalu bersenam_________________badannya sihat.
4) Adik menangis__________________tangannya luka.
5) Idayu__________________adiknya sangat gemar bermain anak patung.
6) Pasar raya itu beroperasi pada setiap hari_______________hari Jumaat.
7) Pak Cik Razak sudah tua_________________penglihatannya masih jelas.
8) Wahida membuka kasutnya__________________masuk ke rumah.
Selamat menguji diri!
Jawapan:
1) atau
2) sambil
3) supaya
4) kerana
5) dan
6) kecuali
7) tetapi
8) lalu

Saturday, 19 November 2011
Thursday, 17 November 2011
Tatabahasa 6
Kata Hubung
- Digunakan untuk menghubungkan dua ayat, frasa dan perkataan untuk membawa maksud yang tertentu.
Kata Hubung | Penggunaan | Ayat Contoh |
Dan | Menggabungkan dua unsur yang setara. | Akim dan Kok Seng berkawan baik. |
Lalu | Menggabungkan dua perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut. | Raju membuka botol air itu lalu minum. |
Agar | Untuk menyatakan tujuan. | Datu makan ubat itu agar cepat sembuh. |
Apabila | Menerangkan masa berlakunya sesuatu peristiwa atau kejadian. | Semua murid berdiri apabila cikgu masuk ke dalam bilik darjah. |
Kecuali | Menunjukkan kekecualian. | Latihan sukan pada petang ini akan diadakan kecuali hujan. |
Kerana | Untuk menyatakan sebab. | Ah Leng tidak hadir ke sekolah hari ini kerana dia demam. |
Sambil | Menunjukkan dua aktiviti yang dilakukan pada masa yang sama. | Ayah mencuci kereta sambil mendengar radio. |
Monday, 14 November 2011
Friday, 11 November 2011
Latihan Tatabahasa
Praktis 4
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
1) Yoke Ling berasa__________________kerana kucing kesayangannya mati.
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
wangi | pahit | panjang | hitam | tajam | sedih |
1) Yoke Ling berasa__________________kerana kucing kesayangannya mati.
2) Lim Chuan mengait buah mangga dengan menggunakan galah yang________________.
3) Bunga mawar yang dipetik oleh adik itu sungguh ______________baunya.
4) Pak Cik Abu menyembelih ayam dengan menggunakan pisau yang _______________.
5) Faiz membeli sebuah kereta yang berwarna____________________.
6) Buah peria sangat_________________rasanya.
p
Cuba lagi!
Jawapan:
1) sedih
2) panjang
3) wangi
4) tajam
5) hitam
6) pahit
Tuesday, 8 November 2011
Saturday, 5 November 2011
Tatabahasa 5
Kata Adjektif
- Digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan manusia, haiwan, tumbuhan dan benda.
- Selalu didahului dengan kata penguat seperti paling, amat dan sangat.
Jenis | Contoh Kata Adjektif | Ayat Contoh |
Sifat | sihat, sakit, kuat, cantik, gemuk | · Budak yang gemuk itu tidak larat untuk berlari. |
Bentuk | bulat, bujur, bengkok, segi tiga, sfera | · Bumi kita berbentuk sfera. |
Waktu | lewat, awal, pagi, petang, malam | · Ali terlewat datang ke sekolah hari ini. |
Perasaan | benci, gembira, marah, sayang, sedih | · Ayah dan ibu berasa gembira kerana abang lulus dalam peperiksaan. |
Jarak | jauh, hampir, nyaris, sempit, sisi | · Pokok kelapa yang tumbang itu nyaris menimpa rumah Pak Kudin. |
Ukuran | panjang, pendek, tinggi, rendah, luas | · Saya membeli sebatang pembaris panjang di kedai. |
Warna | biru, merah, hijau, kuning, putih | · Kereta yang berwarna biru itu milik bapa saya. |
Pancaindera | wangi, hanyir, busuk, kasar, licin | · Bunga mawar yang dipetik oleh kakak berbau wangi. |
Cara | pantas, cepat, lambat, lincah, perlahan | · Aksinya yang lincah sewaktu bermain bola telah menarik perhatian jurulatih. |
Subscribe to:
Posts (Atom)