Kata Nama
Kata nama terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i) Kata nama am
ii) Kata nama khas
Kata Nama Am
Digunakan untuk merujuk kepada manusia, haiwan, tumbuhan, benda dan tempat.
Contoh kata nama am: ayah, lembu, bola, mawar dan padang.
Ayat contoh: 1) Ayah memandu kereta ke pejabat.
2) Seekor lembu sedang makan rumput.
3) Budak itu sedang bermain bola.
4) Bunga mawar itu sangat wangi.
5) Abang dan adik sedang bermain layang-layang di padang.
No comments:
Post a Comment