Sunday, 11 December 2011

Latihan Tatabahasa

Praktis 9

Tuliskan( betul ) pada ayat tanya yang betul dan ( salah) pada ayat tanya yang salah. 
1) Siapakah awak letak beg saya?
    -----(      )

2) Bilakah beliau akan bersara?
    -----(      )

3) Bagaimanakah hendak menyelesaikan masalah ini?-----(      )

4) Apakah nama bendera negara kita?-----(      )

5) Di manakah letaknya bangunan A Famosa?-----(      )

6) Siapakah nama haiwan itu?-----(      )

7) Bilakah kemalangan itu boleh berlaku?-----(      )



                                         Rehat sebentar dan cuba lagi!
Jawapan:
1) salah
2) betul
3) betul
4) betul
5) betul
6) salah
7) salah

Friday, 9 December 2011

Tatabahasa 10

Kata Tanya
  • Digunakan untuk bertanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.
  • Kata tanya yang ditulis dalam ayat hendaklah diakhiri dengan tanda soal "?".
  • Jika kata tanya berada di hadapan ayat, perlu ditambah partikel-kah.
  • Contoh ayat: Siapakah nama kamu?
  • Jika kata tanya berada di akhir ayat, tidak perlu ditambah partikel-kah.
  • Contoh ayat: Kamu tinggal di mana?


Kata Tanya
Penggunaan
Ayat Contoh

apa
Digunakan untuk menanyakan tentang benda.
Apakah yang dibuat oleh budak itu?

siapa
Digunakan untuk menanyakan tentang orang.
Nama ibu kamu siapa?


bila
Digunakan untuk menanyakan tentang masa.
Bilakah awak akan pergi ke Kuala Lumpur.

mengapa
Digunakan untuk menanyakan tentang sebab.
Mengapakah kamu tidak hadir ke sekolah semalam.

bagaimana
Digunakan untuk menanyakan tentang cara.
Bagaimanakah keadaan nenek awak?

di mana
Digunakan untuk menanyakan tentang tempat.
Di manakah kamu tinggal.


berapa
Digunakan untuk menanyakan tentang harga atau bilangan.
Berapakah umur ayah awak?







Thursday, 8 December 2011

Latihan Tatabahasa

Praktis 8
Isi tempat kosong dengan kata perintah yang sesuai.


1) ____________masuk ke dalam makmal sebelum cikgu    datang. ( Jemput, Tolong )


2) ____________murid-murid bersabar, pertunjukan akan diadakan sebentar lagi.
    ( Minta, Sila)


3) ____________ simpan beg saya. Saya hendak ke padang sebentar.
   ( Tolong, Harap )

4) ____________kamu dapat menyiapkan kerja-kerja yang saya berikan. ( Sila, Harap )

5) ____________temankan adik kamu ke bilik atas. ( Sila, Tolong )


6) ____________ dapatkan kupon makanan di meja pendaftaran. (Jemput, Sila )








Jawapan:
1) Tolong
2) Minta
3) Tolong
4) Harap
5) Tolong
6) Sila
             


                                              
                                    Mari membuat latihan ini!
                                                                 

Monday, 5 December 2011

Tatabahsa 9

Kata Perintah
  • Digunakan untuk menyatakan sesuatu perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
  • Contoh kata perintah ialah:


Jenis Kata Perintah
Contoh Kata Perintah
Ayat Contoh


Silaan
sila, jemput
Sila ambil makanan di sana.

Larangan
jangan, usah
Jangan bermain di sini.

Suruhan
tolong
Tolong senyap, peperiksaan sedang dijalankan.

Permintaan
minta, harap
Minta bersabar, anda akan dilayan sebentar nanti.




Sunday, 4 December 2011

Latihan Tatabahasa

Praktis 7
Bahagian A

Tandakan (√ ) pada ayat yang menggunakan kata seru dengan betul.





1) Nah, sakit sungguh tangan saya kerana disengat lebah!-----(           )         

2) Amboi, gembira sungguh dia hari ini!-----(          )

3) Eh, awal benar dia sampai ke sini!-----(           )

 4) Wah, jangan kau datang lagi ke rumahku ini!-----(           )

5) Wahai kawan-kawan, dengarlah pesanan guru!-----(          )

Bahagian B 
Isi tempat kosong dengan kata seru yang sesuai.  

Wahai               Oh               Amboi          Cis               Ah               Eh

1) __________, adik kamu terjatuh daripada basikal!

2) __________ anak-anakku, belajarlah bersungguh-sungguh!

3) __________, berani engkau memukul adikku!

4) __________aku tidak mahu dengar lagi!

5) __________, kamu sedang menonton televisyen rupa-rupanya!

6)___________, cantiknya baju baharu kamu!




Jawapan:
Bahagian A
ayat 2,3 dan 5

Bahagian B
1) Eh
2) Wahai
3) Cis
4) Ah
5) Oh
6) Amboi


                                                     Sila cuba lagi!