Tuesday 25 October 2011

Latihan Tatabahasa

Praktis 3
Lengkapkan petikan di bawah dengan kata kerja yang sesuai.


pergi
menyiram
bangun
tumbuh
memetik
menjual



Setiap hari, Puan Fatimah_____________( 1 ) awal pagi. Dia bersama-sama suaminya_________________( 2 ) ke kebun sayur. Kebun sayur mereka______________( 3 ) subur.

Puan Fatimah________________( 4 ) sayur-sayurannya dengan menggunakan air yang bercampur baja. Setelah sayur-sayuran mereka matang, suami Puan Fatimah akan__________________( 5 ) dan_________________( 6) nya ke pasar.



 

Bersama-sama mencuba!
Jawapan:
1) bangun
2) pergi
3) tumbuh
4) menyiram
5) memetik
6) menjual


Monday 17 October 2011

Tatabahasa 4

Kata kerja
  • Digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan.  
  •   Terbahagikan kepada dua jenis iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
    Kata Kerja Transitif 

    • Kumpulan kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan objek                    sebagai pelengkap.
     
    Subjek
    Kata Kerja
    (transitif)
    Objek
    Huraian
    Encik Ranjit
    mencuci
    kereta
    di halaman rumahnya.

    Mak Cik Limah
    menanam
    serai
    di belakang rumahnya.

    Manjit
    mencari
    kunci
    basikalnya yang hilang.



    Kata Kerja Tak Transitif 
    •   Kumpulan kata kerja yang dapat berdiri sendiri tanpa memerlukan objek sebagai pelengkap.
    •  
      Subjek
      Kata Kerja (tak transitif)
      Penyanyi yang bersuara merdu itu sedang
      menyanyi.

      Mereka duduk di bangku itu setelah penat
      berlari.

      Burung yang ditangkap oleh Wong telah
      terbang.





      Tuesday 11 October 2011

      Latihan Tatabahasa

      Praktis 2
      Gariskan kata ganti nama diri yang sesuai.

      1) Yazid, Kumaran dan Hong tinggal di Taman  Ria._______________berjiran. ( Kita / Mereka )


      2) "___________suka makan ayam goreng," Kata Upin.
          ( Beta / Saya )

      3) "Bilakah_______________hendak pergi ke Singapura?" tanya Urmila kepada Ai Lin.
          ( kamu / kami) 


      4) "______________yang memecahkan cermin tingkap ini, cikgu," kata Ilham. ( Kamu / Dia )



      5) Encik Ragu memelihara lembu. Setiap pagi,__________________menghantar susu
           lembu ke rumah para pelanggannya. ( kamu / dia )


      6) "Cikgu Lam meminta____________________pergi ke padang sekarang," kata
           Wahid kepada rakan-rakannya. ( kami / kita )
                                                                                                                                               


                                                              Sila mencuba!

      Jawapan
      1) Mereka
      2) Saya
      3) kamu
      4) Dia
      5) dia
      6) kita
                   
                                                                                                         
                        

      Thursday 6 October 2011

      Tatabahasa 3

      Kata Ganti Nama Diri
      • Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama diri seseorang.
      • Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
      Kata Ganti Nama Diri Pertama
      • Penggunaan: merujuk kepada orang yang bercakap.
      • Contoh: saya, beta, kami, hamba.
      • Ayat contoh:
         1) Saya berasa tidak sihat.   
         2) Beta berasa gembira kerana rakyat hidup aman dan damai.

      Kata Ganti Nama Diri Kedua
      • Penggunaan: merujuk kepada orang yang bercakap dengan kita.
      • Contoh: awak, kamu, engkau, kalian.
      • Ayat contoh:   
        1) Awak hendak ke mana? 
        2) Kalian tidak dibenarkan masuk ke makmal komputer tanpa kebenaran.


      Kata Ganti Nama Diri Ketiga
      • Penggunaan: merujuk kepada orang yang sedang kita ceritakan atau bincangkan.
      • Contoh: dia, mereka, beliau, baginda, -nya.
      • Ayat contoh:   
        1) "Ramu, pergi bantu mereka membersihkan taman." 
        2) Itu Cikgu Sahar. Beliau guru kelas Tahun Tiga Aman.